Syarat-syarat Umum Penyembelihan
1. Haiwan yang disembelih hendaklah masih hidup ketika sembelihan dilaksanakan.
2. Matinya haiwan adalah dengan secara normal (natural) hasil sembelihan.
3. Haiwan tersebut bukan termasuk haiwan buruan di tanah haram.
4. Orang yang menyembelihnya hendaklah berakal (tidak gila atau mabuk) sama ada lelaki ataupun wanita, sama ada baligh atau pun belum, iaitu yang telah tamyiz (tahu
membezakan di antara yang baik dengan yang buruk).
5. Menyebut nama Allah ketika menyembelih. Dan dimaafkan sekiranya terlupa.
6. Penyembelih hendaklah dari kalangan Muslim atau Ahli Kitab.
7. Bukan dalam keadaan ihram. Mereka yang menyembelih dalam keadaan sedang
berihram, maka hasilnya adalah bangkai. Dan syarat ini adalah bagi sembelihan haiwan
buruan. Adapun bagi haiwan yang jinak, tidak mengapa disembelih oleh orang-orang
yang berihram.
8. Bukan disembelih untuk tujuan pemujaan, penyembahan, dan yang padanya disebut
selain dari nama Allah.