Ibadah Qurban adalah ibadah yang dilakukan dengan menyembelih haiwan ternakan yang dilakukan pada tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijah atau disebut juga hari Tasyrik / Hari Raya Haji /Hari Raya Aidil Adha dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT.
Hukum ibadah Qurban adalah sunat Muakkad atau sunah yang sangat di tuntut untuk dilakukan.
Haiwan ternakan yang boleh dijadikan haiwan Qurban :
- Kambing yang berumur lebih dari dua tahun
- Biri-biri yang berumur lebih dari satu tahun atau pernah ganti gigi.
- Kerbau atau Sapi dengan umur lebih dari dua tahun
- Unta dengan umur lebih dari lima tahun
Syarat-syarat sah pemilihan haiwan Qurban yang boleh menjadi Qurban :
- Badan tidak kurus kering.
- Tidak sedang hamil atau habis melahirkan anak
- Kaki sihat tidak pincang
- Mata sihat tidak buta atau cacat lainnya
- Berbadan sehat walafiat
- Kuping / telinga tidak terpotong
Allah telah mensyariatkan qurban sebagaimana firman-Nya:
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
Sesungguhnya, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah shalat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sungguh, orang-orang yang membencimu adalah orang-orang yang terputus. (QS. Al-Kautsar : 1-3)
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ
Dan unta-unta itu Kami jadikan untukmu bagian dari syiar agama Allah, kamu banyak memperoleh kebaikan padanya. Maka sebutlah nama Allah (ketika kamu akan menyembelihnya)… (QS. Al-Hajj : 36)
B. IBADAH AQIQAH
Aqiqah adalah suatu ibadah yang dilakukan dengan menyembelih haiwan ternakan sebagai tanda rasa syukur kepada Allah SWT kerana mendapatkan anak laki-laki atau anak perempuan. Hukum melaksanakan ibadah aqiqah adalah sunat bagi ibubapa atau wali kepada bayi yang baru dilahirkan tersebut. Aqiqah dilakukan pada hari ke-tujuh setelah kelahiran anak. Apabila belum mampu di hari ketujuh, ibadah Aqiqah itu juga boleh dilakukan hari selepas nya.
Jumlah haiwan ternakan untuk aqiqah berjumlah dua ekor kambing untuk anak laki-laki , satu ekor kambing untuk anak perempuan. Apabila hanya mampu menyembelih satu ekor kambing untuk anak laki-laki juga tidak mengapa yang penting ikhlas dan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah SWT.Syarat haiwan untuk dijadikan aqiqah adalah sama dengan haiwan untuk Qurban.
sebagaimana disabdakan Rasulullah saw.,
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْـنَـةٌ بِـعَـقِـيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَـنْـهُ يَـوْمَ سَابِـعِـهِ وَيُـسَـمَّى فِيْـهِ وَيُـحْلَـقُ رَأْسُـهُ
“Setiap anak yang lahir tergadai aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan pada hari itu ia diberi nama dan digunduli rambutnya.” (Hadits Sahih Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah, Baihaqi dan Hakim).
Hadits lain tentang Aqiqah adalah:
قَلَتْ عَائِـشَةُ : عَقَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَـسَـنِ وَالْـحُسَيْنِ يَوْمَ السَابِـعِ
Aisyah berkata, “Rasulullah Saw pernah beraqiqah untuk Hasan dan Husein pada hari ketujuh…” (HR. Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi)
No comments:
Post a Comment