Thursday, 8 September 2016

MANAGEMENT TEAM


  • PENGURUSAN

    1. CEO


DATO' AHMAD MURAD BIN KHALIB

Merupakan seorang yang berjiwa besar,memulakan minatnya terhadap pertanian semenjak di bangku sekolah lagi.Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pertanian dan penternakan.Beliau berpengalaman luas dalam reproduksi haiwan terutama dalam pemeriksaan kehamilan ,permanian beradas,evaluasi air mani dan pembekuan air mani.Sungguhpun beliau tidak mempunyai kelulusan tinggi,tetapi minat dan pengalaman beliau telah membawa beliau ke puncak dengan memiliki ladang ternakan dengan kapasitilebih dari 300 ekor lembu,serta pusat rekreasi dengan satu kolam pancing ikan,kolam pancing udang galah dan juga kolam pancing udang harimau.Pusat rekreasi beliau sentiasa menjadi tumpuan pada hujung minggu cuti am.


    2. PENTADBIRAN


DATIN NORLEE BT SALEHAN

Berkelulusan Pengurusan Perniagaan dari UTM,memulakan kerjaya dengan bank perdagangan.Berpengalaman dalam sistem kewangan dan pentadbiran.Beliau melihat potensi perniagaan yang cerah dan berpotensi dalam sektor pertanian,perlancongan dan rekreasi.Meletak jawatan dengan bank dan membantu suami menguruskan syarikat dalam bidang pentadbiran dengan sepenuh masa.


    3. OPERASI


AHMAD MUZAHID 

Anak ketiga kepada pasangan Dato' Ahmad Murad dan Datin Norlee,beliau banyak membantu operasi harian syarikat dengan merangka jadual harian perjalanan syarikat.Beliau amat komited dengan kerja beliau,bermula dari awal pagi dengan menyediakan makanan untuk lembu sehinggalah makanan ikan dan udang perliharaan agar sentiasa sihat dan cergas.


   4. PEMASARAN DAN JUALAN


AHMAD SADUN HUSIN 

Anak pertama kepada pasangan Dato' Ahmad Murad dan Datin Norlee,beliau membantu syarikat dalam aspek pemasaran dan jualan hasil syarikat.Mempunyai rangkaian yang luas penternak lembu dalam dan luar Selangor.Beliau juga mempunyai perhubungan yang baik dengan penduduk sekitar bagi menjamin peminat kolam pancingnya sentiasa dikunjungi.Tidak hairanlah kolam pancingnya sentiasa dikunjungi orang ramai terutama cuti am dan hujung minggu.


  5.PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


AHMAD MUZAMMIL

Anak kedua  kepada pasangan Dato' Ahmad Murad dan Datin Norlee,beliau memang berminat dalam bidang ternakan dan bijak berurusan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan dalam hal ternakan tersebut.Seperti pengurusan permit,pengurusan rumah sembelih dan mengatur perjalanan haiwan ternakan untuk dihantar kepada pelanggan dengan jayanya dan selamat ke destinasi order.



No comments:

Post a Comment