Tuesday, 13 September 2016

SYARAT-SYARAT PENYEMBELIHAN

Syarat-syarat Umum Penyembelihan

1. Haiwan yang disembelih hendaklah masih hidup ketika sembelihan dilaksanakan.

2. Matinya haiwan adalah dengan secara normal (natural) hasil sembelihan.

3. Haiwan tersebut bukan termasuk haiwan buruan di tanah haram.

4. Orang yang menyembelihnya hendaklah berakal (tidak gila atau mabuk) sama ada lelaki     ataupun wanita, sama ada baligh atau pun belum, iaitu yang telah tamyiz (tahu         
    membezakan di antara yang baik dengan yang buruk).

5. Menyebut nama Allah ketika menyembelih. Dan dimaafkan sekiranya terlupa.

6. Penyembelih hendaklah dari kalangan Muslim atau Ahli Kitab.

7. Bukan dalam keadaan ihram. Mereka yang menyembelih dalam keadaan sedang    
    berihram, maka hasilnya adalah bangkai. Dan syarat ini adalah bagi sembelihan haiwan 
    buruan. Adapun bagi haiwan yang jinak, tidak mengapa disembelih oleh orang-orang    
    yang berihram.

8. Bukan disembelih untuk tujuan pemujaan, penyembahan, dan yang padanya disebut 
    selain dari nama Allah.





IBADAH QURBAN DAN AQIQAH

A. IBADAH QURBAN

Ibadah Qurban adalah  ibadah yang dilakukan dengan menyembelih haiwan ternakan yang dilakukan pada tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijah atau disebut juga hari Tasyrik / Hari Raya Haji /Hari Raya Aidil Adha dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Hukum ibadah Qurban adalah sunat Muakkad atau sunah yang sangat di tuntut untuk dilakukan.

Haiwan ternakan yang boleh dijadikan haiwan Qurban  :
- Kambing yang  berumur lebih dari dua tahun
- Biri-biri yang  berumur lebih dari satu tahun atau pernah ganti gigi.
- Kerbau atau Sapi dengan umur lebih dari dua tahun
- Unta dengan umur lebih dari lima tahun

Syarat-syarat sah pemilihan haiwan Qurban yang boleh menjadi Qurban :
- Badan  tidak kurus kering.
- Tidak sedang hamil atau habis melahirkan anak
- Kaki sihat tidak pincang
- Mata sihat tidak buta atau cacat lainnya
- Berbadan sehat walafiat
- Kuping / telinga tidak terpotong

Allah telah mensyariatkan qurban sebagaimana firman-Nya:
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sesungguhnya, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah shalat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah. Sungguh, orang-orang yang membencimu adalah orang-orang yang terputus. (QS. Al-Kautsar : 1-3)
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ

Dan unta-unta itu Kami jadikan untukmu bagian dari syiar agama Allah, kamu banyak memperoleh kebaikan padanya. Maka sebutlah nama Allah (ketika kamu akan menyembelihnya)… (QS. Al-Hajj : 36)

B. IBADAH AQIQAH 

Aqiqah adalah suatu ibadah yang dilakukan dengan menyembelih haiwan ternakan sebagai tanda rasa syukur kepada Allah SWT kerana mendapatkan anak laki-laki atau anak perempuan. Hukum melaksanakan ibadah aqiqah adalah sunat bagi ibubapa atau wali kepada  bayi yang baru dilahirkan tersebut. Aqiqah dilakukan pada hari ke-tujuh setelah kelahiran anak. Apabila belum mampu di hari ketujuh, ibadah Aqiqah itu juga boleh dilakukan hari selepas nya.

Jumlah haiwan ternakan untuk aqiqah berjumlah dua ekor kambing untuk anak laki-laki , satu ekor kambing untuk anak perempuan. Apabila hanya mampu menyembelih satu ekor kambing untuk anak laki-laki juga tidak mengapa yang penting ikhlas dan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah SWT.Syarat haiwan untuk dijadikan aqiqah adalah sama dengan haiwan untuk Qurban.

sebagaimana disabdakan Rasulullah saw.,

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْـنَـةٌ بِـعَـقِـيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَـنْـهُ يَـوْمَ سَابِـعِـهِ وَيُـسَـمَّى فِيْـهِ وَيُـحْلَـقُ رَأْسُـهُ
“Setiap anak yang lahir tergadai aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan pada hari itu ia diberi nama dan digunduli rambutnya.” (Hadits Sahih Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah, Baihaqi dan Hakim).

Hadits lain tentang Aqiqah adalah:

قَلَتْ عَائِـشَةُ : عَقَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَـسَـنِ وَالْـحُسَيْنِ يَوْمَ السَابِـعِ
Aisyah berkata, “Rasulullah Saw pernah beraqiqah untuk Hasan dan Husein pada hari ketujuh…” (HR. Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi)



GAMBAR HARI RAYA AIDILADHA 2016

GAMABAR-GAMBAR MASYARAKAT SETEMPAT BERGOTONG-ROYONG MENYEMPURNAKAN IBADAH QURBAN 
PADA HARI RAYA AIDILADHA  TAHUN 2016/1437 HIJRAH































Friday, 9 September 2016

LOKASI TERNAK QURBAN DAN PEMASARAN

LOKASI TERNAK QURBAN DAN PEMASARAN DI KAWASAN KARIAH TERSEBUT.

  1. MASJID UMARIAH KG PERPAT
  2. MASJID KG SEMENTA
  3. MASJID KG BATU 4
  4. MASJID PEKAN KAPAR
  5. MASJID LAMA UMARIAH KG PERPAT





LEMBU QURBAN DAN AKIKAH


"Lembu qurban dan Akikah sekali kali jgn diberi makan kepada orang bukan islam.peringatan ini seringkali diperingatkan kepada umat Islam"






LOKASI UTAMA KANDANG TERNAKAN


Lokasi utama kandang ternakan terletak di atas kerajaan kawasan Perpat Resort AgroFarm.kawasan tersebut dimajukan oleh Dato' Ahmad Murad bin Khalib.(Perpat Resort (M) Sdn Bhd. bermula tahun 1999 sehingga sekarang.

"INGAT KAABAH INGAT QURBAN"







PETA KAWASAN




PERMIT PERJALANAN


PERMIT PERJALANAN


Permit perjalanan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Haiwan.untuk mengesahkan tahap kesihatan lembu bebas daripada sebarang penyakit.Jika lulus telinga lembu di Tag untuk rujukan Jabatan Haiwan dan disertakan nombor siri di Tag telinga lembu tersebut.














Thursday, 8 September 2016

BERMULANYA PERNIAGAAN LEMBU QURBAN

Bermulanya lembu Qurban dipersekitaran Hulu Klang hingga sekarang di Klang Selangor.